Posts

Tahukah anda,ada satu babak "mencabar Tuhan"telah dibuang daripada filem "Isi Neraka?"Ini kisah sebenar yang menyeramkan..

Image
Ada satu filem tahun 60'an bertajuk "Isi Neraka" arahan Allahyarham Jamil Sulong yang memaparkan suasana awal kedatangan Islam di Tanah Melayu. Watak antagonis iaitu Wira yang dilakonkan oleh Allahyarham Salleh Kamil telah menyebabkan pelakon tersebut bertaubat.Beliau pada awalnya enggan melakonkan babak tersebut,tetapi setelah dipujuk akhirnya beliau akur. Ini disebabkan ada satu babak mencabar Tuhan telah menyebabkan beliau rebah dan menggeletar seluruh tubuhnya sebaik sahaja habis melakonkan babak tersebut.Beliau kemudian di rukyah oleh Haji Mahadi yang juga turut sama berlakon di dalam filem tersebut. Selepas daripada itu,kesihatan beliau mulai merosot.Di dalam satu temubual bersama wartawan,beliau mengatakan adalah satu penyesalan besar bagi diri beliau kerana melakonkan babak tersebut. Disebabkan hal itu lah,bahagian babak mencabar Tuhan telah dibuang dan tidak disiarkan lagi. Secara logiknya,kita sebagai umat Islam yang beriman tidak boleh mencabar kekuasaan Allah

Siapa sangka,adik comel beragama Kristian,tapi terbiasa baca doa makan belajar dari youtube..!

Image
Tular di laman tiktok apabila ada seorang adik comel berasal dari negara jiran Indonesia yang lancar membaca doa makan sebelum menjamu selera. Namun,apa yang mencuit hati netizen apabila ayah kepada anak comel itu mengatakan bahawa dia beragama katolik kristian tapi tidak menghafal doa agamanya sendiri sambil tergelak manja anak comel itu mengatakan dia tidak tahu membaca doa makan katolik. Menjengah di ruangan komen,ada netizen bertanyakan dari mana anak comel itu belajar doa makan tersebut.Melalui penjelasan sebuah video,mereka menjelaskan anak comel itu mencari doa makan itu melalui Youtube dan menghafalnya. Wah,comel sungguh adik tu..semoga membesar menjadi anak yang baik dan berjaya ye..:)

Permintaan minyak wangi Dior Sauvage meningkat kerana Johnny Depp?

Image
Seperti yang diketahui,isu kontroversi penceraian di antara pelakon hollywood Johnny Depp dengan bekas isterinya pelakon Amber Heard telah menjadi satu fenomena di kalangan masyarakat dan netizen. Terpalit dengan isu penceraian, populariti Johnny Depp menjunam jatuh dengan teruk sehinggakan banyak syarikat terkemuka membatalkan kontrak dengannya termasuklah Syarikat produksi Walt Disney.Watak Johnny Depp sebagai Capten Jack Sparrow telah digantikan dengan orang lain. Namun berbeza dengan Syarikat Dior,dimana kontrak di mana Johnny Depp sebagai model minyak wangi mereka bernama Sauvage tetap diteruskan. Terkini,syarikat Dior melaporkan jualan minyak wangi Sauvage telah laris di pasaran serta permintaan juga terus meningkat sepanjang kes mahkamah di antara Johnny Depp dengan bekas isterinya Amber Heard berlangsung..! Ini membuktikan betapa ramai yang menyokong dan berpihak kepada Johnny Depp. Selain itu,ramai yang memuji tindakan Syarikat Dior yang mengekalkan kontrak bersama Johnny Depp