Tahukah anda,ada satu babak "mencabar Tuhan"telah dibuang daripada filem "Isi Neraka?"Ini kisah sebenar yang menyeramkan..

Ada satu filem tahun 60'an bertajuk "Isi Neraka" arahan Allahyarham Jamil Sulong yang memaparkan suasana awal kedatangan Islam di Tanah Melayu.

Watak antagonis iaitu Wira yang dilakonkan oleh Allahyarham Salleh Kamil telah menyebabkan pelakon tersebut bertaubat.Beliau pada awalnya enggan melakonkan babak tersebut,tetapi setelah dipujuk akhirnya beliau akur.

Ini disebabkan ada satu babak mencabar Tuhan telah menyebabkan beliau rebah dan menggeletar seluruh tubuhnya sebaik sahaja habis melakonkan babak tersebut.Beliau kemudian di rukyah oleh Haji Mahadi yang juga turut sama berlakon di dalam filem tersebut.


Selepas daripada itu,kesihatan beliau mulai merosot.Di dalam satu temubual bersama wartawan,beliau mengatakan adalah satu penyesalan besar bagi diri beliau kerana melakonkan babak tersebut.

Disebabkan hal itu lah,bahagian babak mencabar Tuhan telah dibuang dan tidak disiarkan lagi.

Secara logiknya,kita sebagai umat Islam yang beriman tidak boleh mencabar kekuasaan Allah s.w.t baik melalui gurauan mahupun sekadar lakonan.Ambil lah semua yang berlaku sebagai iktibar buat kita semua..!

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan minyak wangi Dior Sauvage meningkat kerana Johnny Depp?

Siapa sangka,adik comel beragama Kristian,tapi terbiasa baca doa makan belajar dari youtube..!